OBJEKTIF PENUBUHAN

Latar Belakang

Pelajar Program Asasi Sains Pertanian ambilan pertama seramai 30 orang telah berjaya menamatkan pengajian mereka pada sesi pertama 2006/2007. Kesemua pelajar ini telah menyambung pengajian ke peringkat Ijazah mengikut program pilihan masing-masing di Universiti Putra Malaysia.

Pengambilan pelajar untuk sesi terbaru semakin bertambah dari tahun ke tahun dan jumlah ini dijangkakan akan bertambah dari masa ke semasa. Oleh yang demikian pemantauan adalah perlu bagi memastikan semua pelajar lulusan program ini mencapai tahap yang ditetapkan oleh pihak universiti

Objektif

  1. Menjejaki semua lulusan Program Asasi Sains Pertanian yang kini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah di Universiti Putra Malaysia
  2. Merekodkan kerjaya yang disandang oleh Alumni ASPER
  3. Memberikan ruang dan peluang kepada bekas pelajar ASPER untuk mengikuti aktiviti tertentu seterusnya menyumbang jasa dan bakti kepada tempat setiap di antara mereka pernah menimba ilmu