Saturday 2 April 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI ALUMNI ASPER

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu ingin sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada anda semua Ahli Alumni Asasi Sains Pertanian UPM kerana sudi menjejakkan diri ke laman blog rasmi Alumni Asper UPM.

setiap kunjungan anda memberi seribu makna dan harapan kepada kami pembangun laman blog ini untuk terus mengorak langkah memberikan informasi yang terkini dan berkesan kepada semua Ahli Alumni Asper UPM.

buat masa ini, blog rasmi ini masih lagi di dalam tempoh “in construction" kerana pihak admin masih lagi dalam proses pembangunan dan pembaikan supaya ia lebih mesra pengguna dan mudah untuk diakses oleh semua ahli.

namun, pada masa yang sama kami akan terus meletakkan informasi baru dan berguna kepada semua ahli sekalian sesuai dengan Alumni Asper sendiri yang baru tertubuh dan masih lagi dalam proses membangunkan organisasi dan mempersiap sedia berkaitan perihal pentadbiran

untuk meningkatkan lagi kualiti blog ini, kami mengalu-alukan segala komen dan cadangan daripada ahli-ahli sekalian yang sudah tentunya lebih arif dan bijaksana di dalam bidang Teknologi Maklumat untuk membantu kami dari pelbagai aspek. segala komen tersebut boleh di letakkan di ruang BINCANG ALUMNI ataupun medium komen blog ini.

sekiranya memerlukan privasi dalam memberikan komen, boleh email sendiri pihak admin di alumniasper@gmail.com. Insyaallah segala krikan dan pandangan akan kami terima dengan hati yang terbuka.

sampai di sini saja dan ketemu lagi kita di lain masa. InsyaaALLAH

salam sayang dari admin BLOG RASMI ALUMNI ASPER